Thursday, October 28, 2010

Kan aku dah cakap-part 1

"payoh la nak masuk buah sbutir ni" ujar azhari akan buah karom terakhir yg dari tadi lagi tidak masuk-masuk.

Jenal, rakan sepasukan azhari turut gelisah, akan bilakah permainan ini akan tamat. Sudah lebih dari 10 minit buah 1 lawan 1 dimaenkan diatas papan karom itu.

suasana mulai terlebih meriah akan gelagat dan sokongan padu dari penonton setia. Tolib, yang jarang menyokong, hanya mengeluh di depan tv bersambungkan Astro kerana asyek rancangan sukan sahaja yang dipilih sedangkan beliau seorang watak yang suka menonton cerita-cerita aksi seperti Rambo, Terminator dan Tidak lupa lagu2 musik Amerika Latin. Akan tetapi, suasana malam itu laen kerana Tolib bangun dari sofa yg menunggu masa utk delbeli dan memberikan sokongan kepada Azhari dan Jenal.

"tak boleh jadi nih, Tolib sokong puak dio, kalah ar kita ni Li". Tibe-tibe Dino membuat suara cemas dan meperingatkan rakan sepasukanny, Sir-ley agar berwaspada.

Jentikan demi jentikan dilepaskan dari kedua-dua pihak, ada yang melompat keluar, ada yang berhenti betul-betul didepan lubang san sudah tentu akan di tembak si lawan buah itu.
Itu tidak termasuk yg buah lawan yg terpaksa dimasukkan kerana posisi yang terlalu merbahaya.

"cepat skit eh maen, rama duk bratur nok maen nih, payoh la baso xreti lawe hak kure reti". Anif tibe-tibe berkata, mgkin kerana terlalu lama menunggu untk gilirannya bermain.

Anif merupakan watak penting di lokasi ini, tanpa Anif, Kak Ani Singer tidak akan benarkan Para Kesatria Telaga Lanas utk bermaen karom, tgok astro atas sofa yang empuk dan makan diatas set meja makan yang belum dikoyakkan lagi plastik pembungkusnya. Anif adalah penjaga port ini atau secara mat salleh nya disebut The Guardian.

Berbalik kepada keadaaan semasa, gelagat para penyokong kedua-dua pihak semakin memuncak. Masing2 bersorak menyutuh mempercepatkam permainan.

Dikala itu, satu mata, otai, tengah memerhati dari jauh.

Siapa beliau? Itu yang menjadi tanda tanya. Akan tetapi, hampir setiap malam, bermula dari wujudnya khemah Singer ini, beliau tidak pernah jemu untuk mencemar duli menjejakkan kaki kebwah khemah ini. Dialah pemerhati setia. Nanti kita berkenalan dengan dia di laen hari kelak.

-bersambung.





- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Depe keda singer

No comments:

Post a Comment

anda nak komen dengan hati yang ikhlas lagi suci kan?
kan3?